Wednesday, 14 May 2014

Happy Birthday Mommy !



Harini besday mak..tiap-tiap tahun mesti wat surprise untuk mak..selalu kita akan sambut sekali jalan ja dengan Hari Ibu...:) .. Alhamdulillah rasa bersyukur di kurniakan seorang ibu yang memahami,penyayang..Kakak sangat brtuah krna lahir dari perut mak..disusui dgn susu mak & dididik dgn tangan & kasih sayang mak...Hanya Allah yg mampu membalas jasa & pengorbanan mak..Happy birthday Mak.. u r the best mom in the world...♥♥♥

Ni la mak kita...muda lagi kan..hihi..macam 2 beradik x?..salu kawan-kawan kata mak kita ni kakak kita...yelaa mana xnampak muda.,kita kan ada sulung...


 

Sekali lagi ,kepada mak..selamat hari Ibu dan Selamat Hari Lahir yang ke 47 tahun...semoga panjang umur dan murah rezeki mak..semoga mak sihat-sihat selalu... mak lah segala-segalanya bagi kakak...
engkaulah ratu hatiku....Luv u so much mommmm !! muaaaahhhhhhhh !



Tuesday, 18 March 2014

SM / SSM AWARD MARCH 2014

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah.. masih berpeluang berkongsi cerita kepada pembaca-pembaca blog semua. On 16 Mac 2014 yang lepas telah berlangsung SM / SSM Awards bagi sesi pertama tahun 2014 ini. Awards ni meraikan dan menganugerahkan kepada usahawan yang mencapai jumlah jualan sebanyak RM20,000 - RM60,000 which is bukan satu angka yang sedikit tetapi berjaya dilakukan beratus2 usahawan lain..
 
 
Congratulation to all yang naik pentas dan terima anugerah berserta bunga especialy my leader SAIDATUL HUSSAIN.  Terasa usaha mengembangkan perniagaan dihargai oleh syarikat dan para pemimpin..
 
 
My Leader Saidatul Hussain on stage..Congratulation Leader !
 
Benarlah kata orang, kejayaan tu datang hanya bermula dengan MENCUBA. Tak ada yang mustahil untuk kita capai, angan-angan  hanya akan bawa kita bermimpi.. Tapi cuma usaha yang mampu membawa kita kepada impian.. 
 
Lebih dari 100 usahawan dari GLAM sahaja yang menerima anugerah pada hari itu tidak termasuk usahawan-usahawan seluruh Hai-O Marketing.  
 
 
Majlis Penganugerahan ini berlangsung di Menara PGRM Kuala Lumpur.
 
 
 
 
Semua orang nak merasa senang, nak hidup senang, nak ibu bapa senang, nak cara dan kerja senang, tapi bukan semua orang sanggup bersusah payah untuk dapat semua itu.. Hanya mereka yang cekal hati mampu bertahan.
 
Jumpa anda di puncak kejayaan..!!! 
 
 
Wassalam..
 
 

Tuesday, 11 March 2014

Bestie !!!

Assalamualaikum semua pembaca blog,penulis blog & salam untuk semua yang mengenali ekin..

Today , ekin nak kenaikan kawan baik ekin...sebelum tu jom kita paham dulu..Apa itu KAWAN BAIK/ BESTFRIEND ?


Ni salah satu meaning of bestfriends..okes..

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu

kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk

membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya

untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan

kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah

seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,

kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita..

Wahhhh bapa byk kawan baik da...uhuhuhu...:)

She's my bestie...

 Ha...ni la my bestfriends ..nama dia Arlyana Binti Abu Bakar..She still single but not available yet..guess bpa umor dia ?? uhuhhu...orgnya kecik molek jaa..umor dia 24 tahun..sama la ngn ekin..:)..

Secara ringkas ttg diri dia..family yang agak besar.,9 adik beradik n dia anak yang  bongsu..actually walaupon bongsu dia seorang yang sangat tegas , memamg tegas..deep of her heart still have nature of child..Sudah bekerja sebagai Setiusaha/Pa at Wisma TNB Petaling Jaya..2 Tahun bertungkus lumus menamatkan pengajiannya dalam bidang Diploma Kesetiusahaan dan akhirnya tidak sia-sia..,Alhamdulillah..rezeki dari Nya..,dapat bekerja dalam bidang pengajiannya selama ini..

Ok..berbalik kepada cerita asal yaa..ekin jumpa dan berkawan dengan dia bukan dari baby or kecik sgt tapi waktu kita mula kenai since sekolah rendah laa dalam umur 9 tahun dan mula jadi kawan rapat umur 12 tahun till now..Sebenarnya banyak cabaran kami lalui selama hampir 12 tahun  menjalinkan persahabatan ini.

Masih ingat lagi pernah bergaduh disebabkan orang ketiga.wahh..dah macam bercinta pulak..hahaha..yup..biasa laa,bila kita terlalu baik dan sentiasa dengannya ke mana saja ,ada ja orang-orang sekeliling mulai cemburu,dengki mendengki,mula laa buat cerita macam2.,pernah dengar orang kata " talam dua muka"??..Jadi wujud la orang talam dua muka ni untuk hancurkan persahabatan kami..tapi berjayakah dia??..Mesti la x kan..sebab apa2 pun kita xkan dengaq dari mulut orang lain melainkan dari diri dia sendiri.So,we're slow talk..n  bila kita slow talk tula baru kita tau,rupanya ada orang nak bagi kita bergaduh sesama2 kita.Kecian kan orang macam tu..mudah-mudahan xdak dah lg perangai macam tu nanti.

Banyak lagi kisah kita.,tapi tu je la dulu.,xboleh cita banyak2..hihihi..
Walaupun kita jauh tapi xpernah lupa pun sesaat perkenalan kita,seronok bersama,kongsi cerita bersama ,travel sama2 ,bergaduh,merajuk,macam2 lagi laa..,semua tu kenangan bagi ekin..Very proud with her.,yang xpernah downkan kawan.,n selalu bagi nasihat yang bernas,.Tq a lot of love being my betfriend...

Pesan ekin,biar berkawan ramai tapi pilihlah hanya seorang kawan baik bagi diri kita.,.whatever happend,she still with us..

Wassalam..:)










 

Wednesday, 5 March 2014

Day 1 l Makan & Check In Hotel & Rehat

Sampai saja kat bandung ,masing perut sudah bunyi,jadi kasi perut makan dulu...Sebenarnya teringin nak rasa masakan orang indon ni macam mana rasanya..sedap ka tidak..haaa..

Restoran Tone Square..

Nasi Padang...Katanya apa yang diambil itu yang dikira..maksudnya apa yang kita makan ,jadi bayaq untuk apa yang kita makan jela..Tengok biasa jaa..tapi sedappnya sampai terdiam suma..hihihihi







Selesai ja makan sesi untuk mandi dan rehatkan badan ..so mao tengok hotel macam mana yang kita nak check in ni..wahhh xsabaqnya...Hotel Mutiara Bandung...dengaq kata dekat ja dengan pasar baru & Kartika Sari...Kartika Sari tu kedai roti yang sangat superb tau,...

bilik kita..hihihi....memang selesa..
Mutiara Hotel Bandung


Kami sampai pun dah lewat petang jadi malam tu rehat-rehat dulu besok awal pagi nak pegi menjelajah bandar bandung nih...Will continue ya..okeyh...






Tuesday, 4 March 2014

Jalan- Jalan ke Bandung

Salam semua... dah dekat 2 bulan p sana tapi baru nak update..hihiihi...

So... enrty kali ni tentang jalan2 cari oksigen kat negara orang plak... Destinasinya adalah Bandung!! Sebenarnya xterlintas pon nak p sana..,kawan ekin ajak ja terus nak pegi.,padahal modai nk p sana xterpikiq pon waktu tu..flight da book n hotel pon siap booking awal2.. dapat yang  murah la jugak rasanya..pegi balik hotel dalam rm435 sorang.. Kami p 6 dewasa + sorang kanak..p ngn kawan  dari sekolah rendah pulak tu..mmg kenangan paling best...

Ramai yang tanya ,murah ka? amek pakej ka?pakej mana? Tak lah..kita dah book awal so time tu kebetulan tiket n hotel murah..Rezeki kita la kan..hihihi...

1st time sampai Airport Hussein Sastranegara Bandung...Yihhhhaa !!!

haaa,..tudia..Bandung we coming...hihihi...Negara yang mempunyai penduduk yang sangat ramai..tengok jelaa kawasan perumahan kat sana,padat sangat..









Tuesday, 21 January 2014

Setiap Perjalanan Hidup Kita Pasti Ada Suka Dan Duka...

Aku hanya seorang manusia biasa..tiada yang lebih banyak yang kurang..mencari kekuatan dalam kelemahan,aku belajar memahami dengan setiap KETENTUAN ILLAHI..Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
Bila kita tidak bahagia sekarang tidak bermakna kita tidak akan bahagia sampai bila-bila..Sabar dengan dugaan,Tabah dengan penderitaan,Ikhlas dalam setiap perubahan...Insyaallah..sakit itu akan hilang..yang tinggal cuma hari-hari mendatang yang Allah sediakan dengan sejuta kelebihan dari derita yang pernah kita tangisi....

Setiap perjalanan hidup kita pasti ada kisah suka dan duka..
Kadang-kadang sesuatu yang terjadi dalam hidup kita,kita tak sangka akan terjadi..
seperti di uji dengan perkara yang tak disangka-sangka..
Macam bila jatuh cinta, setelah berjanji..kemudian tak mahu bercinta lagi..
Dan ianya lebih indah bila 'kita jatuh cinta dengan seseorang yang membuatkan kita lebih dekat dengan yang ESA dan paling menyedihkan bila kita tidak dapat hidup bersama dengannya...
Apapon..jawapan pasti ada pada setiap persoalan..Jangan biarkan ia menjadi teka-teki..
Percayalah..Andai ada JODOH..berpisah macam mana pun pasti akan bertemu jugak..
Jangan biarkan semangat kita hilang kerana kurang keyakinan..
Belajar menerima segala ketentuan..
Cintai seseorang dengan penuh keikhlasan..
Serahkan pada yang ESA ,disamping kita berusaha..
INSYAALLAH,..kejayaan pasti  milik kita...
 

Monday, 20 January 2014